Tuesday 14 February 2012

BAGAIMANA MEMBUAT ORANG TETARIK KEPADA KITA

Hye u'olls...

Almost a week X post new entry kat blog Ena ni. Coz lately agak banyak kerja2 yg perlu di'settle'kan di sekolah (of coz la yg ni)  dan juga di rumah..

So, entry kali ni Ena nk berkongsi tips sket. Sharing is caring rite (^_^) 

This time is about 'How To Make Anyone Fall In Love With You' ataupun in Malay bermaksud Bagaimana Membuat Orang Tertarik Kepada Kita. Tajuk ni in English coz diambil dari sebuah buku yang ditulis oleh Leil Lowndes. Actually, tips ni lebih kepada cara untuk membuatkan orang lain tertarik kepada kita semasa kita sedang berkomunikasi, jom share..

menjadi seorang yang menarik

Salah satu teknik yang Leil Lowndes ni introduce adalah ‘Soften’
S-Smile. Senyum kepada orang. Pastikan senyuman yang diberikan adalah senyuman ikhlas.
O-Open body. Menggunakan bahasa badan terbuka. Apabila bercakap atau berbual, pastikan muka, hidung, badan anda menghadap kepada pencerita. Jangan sekadar mengalih muka sahaja atau menunjukkan bahasa badan seperti tidak mahu mendengar.
F-Forward lean. Merebah badan anda ke depan. Ini memberikan bahasa badan bahawa anda tertarik dengan apa yang diungkapnya.
T-touch. Guna sentuhan. Contohnya dengan salaman atau sentuhan pada tangannya. tapi rasanya kalo cara ni kena tengoklah kesesuaian jugak kot kan, hehe..
E-Eye contact. Gunakan ‘eye contact’. Menggunakan mata melihat tepat ke arahnya. Ini penting sebagai sebahagian bahasa badan yang positif.
N-Nod. Mengangguk dengan perlahan-lahan. Memberi isyarat bahawa anda sedang memberi tumpuan terhadap apa yang dicakap kepadanya.
Leil Lowndes ni sebenarnya seorang yg pakar dalam bidang komunikasi dan perhubungan. So, banyak jugak lah buku2 yang dah ditulis oleh beliau. So, hopefully tips kit atas tu dpt membantu u'olls untuk berkomunikasi dan menggunakan bahasa badan selepas ini supaya lebih disenangi oleh orang ramai..(^_^)

Sunday 5 February 2012

SALAM MAULIDUR RASUL..


Selamat menyambut Maulidur Rasul diucapkan kepada seluruh umat Islam x kira di mana jua.


Sempena sambutan Maulidur Rasul 1433H ini marilah kita sama-sama menghayati kebesaran Nabi junjungan kita dan mengamati kembali segala pengorbanan Baginda untuk umat yang dikasihi. 

Semoga bersempena dengan hari kelahiran Baginda ini, akan mewujudkan keinsafan dalam diri kita semua untuk mencontohi kehidupan Rasul junjungan kita..Aminn.