Monday 9 April 2012

7 Sebab Gagal Mendapatkan Berat Badan Ideal

Hai semua,
Entri kali ini saya ingin kongsikan satu RAHSIA berkaitan dengan kesihatan & kecantikan.
Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan, ianya umpama irama dan lagu..semua wanita ingin kelihatan cantik dan menarik samada untuk tatapan suami atau keyakinan diri sendiri.




Saya tidak bersetuju jika dikatakan wania kurus itu cantik dan yang agak berisi itu sebaliknya..setiap individu mempunyai pendapat mereka sendiri. Namun yang paling baik untuk kesihatan ialah dengan memiliki berat badan yg IDEAL.




Apakah yang dimaksudkan dengan berat badan IDEAL??
Berat badan ideal ialah mempunyai ketinggian dan berat badan yang seimbang. Jadi, tanya pada diri masing2 adakah berat badan kita ideal??




Di sini, saya ingin kongsikan tujuh sebab mengapa kita GAGAL mendapatkan berat badan ideal.




1. Makan di Waktu Malam
Ramai yang anggap bahawa dengan mengelak dinner, ia mampu mengurangkan berat badan.The truth is, kita perlu mengisi perut pada setiap waktu makan dengan memilih menu sihat dan seimbang.
Sarapan pagi membekalkan tenaga terpenting untuk memulakan hari kerana tanpanya badan dan otak menjadi kurang bermaya.Begitu juga makan malam. Anda cuma perlu makan lebih awal sekitar jam 7 malam.



2. Tidak Bersenam
Mahu atau tidak, kita mesti bersenam dan tidak cukup sekadar menjaga pemakanan kerana senaman meningkatkan kadar metabolisme tubuh. Ini akan membantu proses pembakaran lemak dalam tubuh dan menurunkan berat badan.

3. Tidak Ambil Kalori
Badan kita memerlukan kalori, jadi kita mesti mengambil kalori dalam jumlah yang sesuai.
Pengambilan kalori yang bersesuaian ialah 2500 bagi lelaki dan 2000 bagi wanita untuk setiap hari.Jika pengambilan kalori terlalu rendah, kadar metabolisme tubuh akan turun secara mendadak sehingga boleh menyebabkan anemia.

4. Hanya Ambil Buah dan Sayur
Bila kita hanya mengambil buah- buahan dan sayuran akan menyebabkan badan kita tidak cukup nutrisi seperti mineral, karbohidrat dan lemak. Tubuh memerlukan semua zat itu pada kadar berpatutan.

5. Salad dan Mayonis
Makan slad dengan mayonis memang sedap tetapi anda perlu ingat kalorinya yang tinggi menyebabkan berat badan tidak turun.

6. Enggan Minum Susu
Tentu ramai tidak suka susu rendah lemak kerana rasanya tidak sedap.Tapi, pengambilan susu rendah lemak membantu menguatkan tulang, melengkapkan keperluan nutrisi tubuh dan menurunkan berat badan.

7. Berat Badan Turun Mendadak
Sepatutnya anda perlu risau jika berat badan turun mendadak kerana pasti ada yang tidak kena. Dalam seminggu, penurunan berat ideal dalam lingkungan 0.5kg hingga 1kg. Jika lebih daripada julat tersebut, ia akan menimbulkan komplikasi kerana hati dan ginjal dipaksa bekerja keras untuk menggantikan glukosa dalam darah.


So, adakah proses memdapatkan berat badan ideal kita gagal??mungkin tujuh sebab di atas dapat membantu menyelesaikan masalah anda..semoga berjaya.. (^_^)


Saturday 10 March 2012

KUASA BERNIAGA

Selamat bercuti sekolah semua!!..
Dah lame x post new entry kt blog ni coz lately mmg kerja2 di sekolah agak banyak. So, bersempena dengan cuti sekolah yang bakal menjelang ni saya nak share satu cter ttg bagaimana dengan berniaga tu dapat merubah kehidupan dan keewangan seseorang. Memang betul lah kalo dikatakan perniagaan u merupakan pintu rezeki utama kita..
Cter ni saya ambil dari kisah hidup seseorang yang berjaya merubah gaya hidupnya demi kebehagiaan sekeluarga. Sekadar yntuk renungan di pagi Sabtu ni okey (^_^)

"Ingin aku ceritakan sedikit tentang kisah hidup aku. Aku dilahirkan didalam sebuah keluarga yang sederhana. Kedua ibubapa ku adalah guru.Alhamdulillah.. aku dianugerahkan oleh Allah akal yang cerdik. Dalam usia 18 tahun aku telah mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara iaitu di negara matahari terbit, Jepun. Aku mengambil jurusan Kejuruteraan… dalam masa beberapa tahun disana aku fasih bertutur dalam bahasa Jepun.Selepas bertungkus-lumus hampir 5 tahun akhirnya aku berjaya mendapat segulung Ijazah.
Aku tidak terus balik ke tanah air.. sebaliknya aku mengambil keputusan untuk terus menetap disini dan bekerja untuk mengambil sedikit pengalaman. Dalam usia semuda 23 tahun aku bekerja sebagai Eksekutif di sebuah firma terkemuka Jepun.Aku cepat menyerap segala ilmu yang dipelajari semasa bekerja disini. 3 tahun lebih bekerja akhirnya aku mendapat kepercayaan pihak pengurusan dan dinaikkan pangkat dari Eksekutif ke Penolong Pengurus dan seterusnya menjadi Pengurus termuda didalam Firma tersebut. Hampir 6 tahun bekerja disana akhirnya aku diarahkan oleh majikan aku untuk pulang ke Malaysia.Mereka telah melakukan pelaburan di Malaysia dan telah membuka sebuah Firma baru disini dan akulah orang yang paling layak untuk mengendalikan firma mereka disini. Alahamdulillah… aku dilantik sebagai Pengarah Urusan.
Aku bekerja siang dan malam… bertungkus lumus… dunia aku hanyalah di pejabat. Sekarang aku mempunyai 3 orang cahayamata anugerah tak ternilai dari Allah SWT.Tahun demi tahun aku semakin sibuk dengan urusan kerja. Firma yang aku kendalikan telah bertambah maju dan akhirya disenaraikan di papan kedua bursa saham Kuala Lumpur. Tidak sampai 7 tahun beroperasi sekali lagi kami telah disenaraikan ke papan utama BSKL. Hasil penat lelah selama ini akhirnya berbaloi…. aku dilantik sebagai CEO tempatan pertama di firma ini dengan bergaji sebanyak RM38 ribu bersih sebulan beserta 3 buah kereta mewah… Syukur Alhamdulillah.Dalam usia 46 tahun sebagai CEO…. aku mula terasa kehilangan sesuatu!Kebahagiaan keluarga….Kesibukan aku menyebabkan aku serahkan segala tugas sebagai seorang ayah kepada isteriku. Hubungan aku bersama keluarga renggang. Anak-anak aku tak terurus… yang sulung dah tak macam orang… rambut warna merah… bertindik di hidung. Apabila tiba waktu makan malam sudah tidak bersama lagi.Segalanya kucar kacir. Pelajaran mereka pun entah kemana… Aku terlalu sibuk di pejabat. Meeting sana sini. Lunch pun nak meeting…. main golf pun bincang pasal kerja…. dinner pun meeting lagi!… sampai tiada masa untuk bersolat!Setiap pagi aku kena periksa segala lapuran-lapuran eksekutif aku… sebelah petang kena buat report pada Board of Directors. Sembahyang 5 waktu aku tunggang terbalik…. kekadang buat … kekadang terlupa… masyaAllah! Setiap hari ada saja temujanji bersama client aku dari Jepun.Aku mungkin kaya…tetapi jiwa aku kosong…kadang kala jiwa aku tertekan!Bila aku pulang ke rumah lewat malam aku bersolat…. aku menangis… aku memohon doa kepada Allah semoga diberikan ketenangan jiwa. Semoga keluarga ku bersatu kembali.Selang seminggu aku bernekad…
Aku telah meletakkan jawatan ku sebagai CEO.Aku tinggalkan gaji aku sebanyak RM38K sebulan dan aku pulangkan kesemua kereta-kereta mewahku pada syarikat. Keluarga ku terkejut. Isteriku menangis…. tetapi bukan menangis marahkan aku meninggalkan jawatan sebagai CEO… tetapi menangis kerana gembira… mereka gembira akhirnya aku kembali kepada mereka..!Aku beritahu mereka aku ingin berniaga sendiri. Buka gerai jual Kuew Teow Goreng..!Aku diketawakan oleh mereka….tak apa aku akan buktikan yang bekas CEO akan lebih berjaya dengan berniaga kuew teow goreng!Dengan sedikit pengalaman sebagai tukang masak (tukang masak tak bertauliah) semasa belajar di Jepun dan sedikit duit simpanan aku memulakan perniagaan pertama aku di sekitar Ampang… bersebelahan dengan Citroen Showroom. Aku dibantu oleh anak sulung aku.Hari pertama berniaga aku mendapat untung RM170.00 sehari. Berniaga dari jam 4 petang hingga 10 malam. Hari Kedua dapat RM 120.00 sehari. Hari ketiga dapat RM220.00 sehari…. Alhamdulillah. Dan hari-hari seterusnya lebih kurang RM380.00 sehari.Anggaran kasar pendapatan aku sebulan lebih kurang RM9,880.00 untuk satu gerai. Perniagaan aku bertambah maju dalam 8 bulan aku membuka satu lagi gerai di Cheras… dari 2 gerai aku membuka 3.. dan seterusnya sehingga sekarang aku memiliki 6 gerai makanan. Pendapatan bersih dari 6 gerai tadi aku memperolehi rezeki dari Allah dalam RM60,000.00 SEBULAN. Bayangkan pendapatan seorang CEO RM38K sebulan dan pendapatan dari berniaga Kuew Teow sebulan RM60K.
Kini aku bersenang lenang bersama-sama keluarga ku. Setiap bulan kami bercuti bersama.Kini aku telah dapat kembali keluarga ku yang ‘hilang’. Anak-anak aku memang malas nak meneruskan pelajaran mereka. Jadi aku latih mereka berniaga. Merekalah sekarang yang menjalan perniagaan tersebut. Aku cuma memantau… atau lebih kurang jadi ‘chairman’…. dan anak-anak aku sebagai Directornya…......"

Pengajarannya di sini, Angan-angan kosong tak mungkin kesampaian jika tidak disertakan dengan usaha. Nabi sendiri pernah bersabda, berniagalah kamu kerana 9/10 sumber rezeki adalah daripada perniagaan..

Tuesday 14 February 2012

BAGAIMANA MEMBUAT ORANG TETARIK KEPADA KITA

Hye u'olls...

Almost a week X post new entry kat blog Ena ni. Coz lately agak banyak kerja2 yg perlu di'settle'kan di sekolah (of coz la yg ni)  dan juga di rumah..

So, entry kali ni Ena nk berkongsi tips sket. Sharing is caring rite (^_^) 

This time is about 'How To Make Anyone Fall In Love With You' ataupun in Malay bermaksud Bagaimana Membuat Orang Tertarik Kepada Kita. Tajuk ni in English coz diambil dari sebuah buku yang ditulis oleh Leil Lowndes. Actually, tips ni lebih kepada cara untuk membuatkan orang lain tertarik kepada kita semasa kita sedang berkomunikasi, jom share..

menjadi seorang yang menarik

Salah satu teknik yang Leil Lowndes ni introduce adalah ‘Soften’
S-Smile. Senyum kepada orang. Pastikan senyuman yang diberikan adalah senyuman ikhlas.
O-Open body. Menggunakan bahasa badan terbuka. Apabila bercakap atau berbual, pastikan muka, hidung, badan anda menghadap kepada pencerita. Jangan sekadar mengalih muka sahaja atau menunjukkan bahasa badan seperti tidak mahu mendengar.
F-Forward lean. Merebah badan anda ke depan. Ini memberikan bahasa badan bahawa anda tertarik dengan apa yang diungkapnya.
T-touch. Guna sentuhan. Contohnya dengan salaman atau sentuhan pada tangannya. tapi rasanya kalo cara ni kena tengoklah kesesuaian jugak kot kan, hehe..
E-Eye contact. Gunakan ‘eye contact’. Menggunakan mata melihat tepat ke arahnya. Ini penting sebagai sebahagian bahasa badan yang positif.
N-Nod. Mengangguk dengan perlahan-lahan. Memberi isyarat bahawa anda sedang memberi tumpuan terhadap apa yang dicakap kepadanya.
Leil Lowndes ni sebenarnya seorang yg pakar dalam bidang komunikasi dan perhubungan. So, banyak jugak lah buku2 yang dah ditulis oleh beliau. So, hopefully tips kit atas tu dpt membantu u'olls untuk berkomunikasi dan menggunakan bahasa badan selepas ini supaya lebih disenangi oleh orang ramai..(^_^)

Sunday 5 February 2012

SALAM MAULIDUR RASUL..


Selamat menyambut Maulidur Rasul diucapkan kepada seluruh umat Islam x kira di mana jua.


Sempena sambutan Maulidur Rasul 1433H ini marilah kita sama-sama menghayati kebesaran Nabi junjungan kita dan mengamati kembali segala pengorbanan Baginda untuk umat yang dikasihi. 

Semoga bersempena dengan hari kelahiran Baginda ini, akan mewujudkan keinsafan dalam diri kita semua untuk mencontohi kehidupan Rasul junjungan kita..Aminn.

Tuesday 31 January 2012

WHAT IS IT BETWEEN ME n PREMIUM BEAUTIFUL??...

Hye all..(^_^)
Rasanye dh a few days jugak Ena x jenguk blog untuk meng'update' recent entries untuk semua kan.


This time juz a short n simple entry to state how i feel about joining this Premium Beautiful Group..


So many people ask me why I join the group?? Tak takut kena tipu dengan company ker? Or kena susah2 cari orang lain utk join ker? Memang banyak soalan2 yg orang tanya coz x percaya dengan apa yang saya perolehi sekarang. So, the answer to all of that questions is...NO, NOT AT ALL...

Buat bisnes ni x pernah sesekali akan ditipu oleh company ataupun bisnes partner kita sebab kita akan sama2 buat dengan team bisnes partner kita. Then, bukannya kita yang sibuk2 cari orang tapi ORANG yang akan CARI KITA. That's the fact!!..

Ok, this is what we have with Premium Beautiful :

1) Di bawah HAI-O MARKETING dengan pasaran niaga yang kukuh dan semakin berkembang coz telah   
    bertapak dalam bidang perniagaan selama lebih 20 tahun lamanya di Malaysia ni (bermula tahun 1992) 
    dan 34 tahun di pasaran Antarabangsa. 

    Banyak kejayaan2 yang telah dicapai seperti:  
    a) Kejayaan berada di 1st Board Bursa Saham pada 2007 hingga kini
    b) Forbes Asia - "Best Under a Billion List" 3 tahun berturut-turut 2007-2009.. 

    c) Dan juga menerima Anugerah MeCD ataupun Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi   
        kerana melahirkan ramai usahawan bumiputera


     So, memang TAK AKAN WUJUDNYA PENIPUAN dalam bisnes ni coz kementerian dalam kerajaan  
     Malaysia pon dah iktiraf bisnes ni kan (^_^)


2)  Produk Premium Beautiful yang diakui kualiti dan keberkesanannya sehingga dilabelkan sebagai produk
     "Superbrand". Hanya produk-produk yang betul-betul bermutu jer yang boleh dapat "Superbrand" ni
     taww..
U'olls boleh cari dalam http://www.superbrands.com/my/

     So, that's y la ramai yang mencari untuk memakai Premium Beautiful ni x kira perempuan ke atau lelaki
     coz diakui kesan apabila memakainya. SO, customer yang cari KITA, bukan KITA cari customer..
     Hanya orang2 yang dah tau je mengakui kebaikan Premium Beautiful ni untuk kesihatan tapi bagi yang
     belum tau memang RUGI la kan (^_^)


3)  Then, kejayaan-kejayaan leader dalam team Premium Beautiful ni yang sememangnya inspire ME to do 
     this business..
     Kejayaan my inspiring Idol HANIS HAIZI yang berjaya menjana pendapatan 6 ANGKA sebagai  
     'surirumah' yang hanya menjalankan bisnes ni through internet jer. Umur baru mencecah 28 tahun tapi 
     dah jadi jutawan taww!!..
 

     Then ada lagi, KAK SITI ROHANA @ KAK ANA yang dah terlebih dulu jadi jutawan. Pendapatan 
     bulanan je dah berjuta-juta!!..Buat bisnes sekali husband n wife sama jugak cam Hanis Haizi baut bisnes 
     bersama2 husband sekali yg sanggup resign n buat bisnes ni full time!!.. 
    
     Tu baru sikit, my leaders also dah banyak kejayaan - KAK FAZIHA, KAK DURRA MOKHTAR, KAK 
     ZURAIDA, KAK AZRINA. Semuanya dah berjaya menjana pendapatan 5k dan 6k!!..Sape yang x nak 
     kan, kalo boleh kita suma pon nak macam tu, including me, hehe..(^_^)


So, thats y la antara sebabnya mengapa SAYA dan PREMIUM BEAUTIFUL. Coz I believe this business can help me achieve my ultimate GOAL especially towards FINANCIAL FREEDOM!!..

Sedangkan Nabi sendiri pernah bersabda, 9/10 daripada sumber rezeki datangnya daripada perniagaan, dan 1/10 lagi rezeki daripada makan gaji. So, Ena bertuahlah sebab Ena dapat kedua-duanya 10/10.. Yang penting
              D - Doa
              U - Usaha
               I - Istiqamah
              T - Tawakkal

Kena berusaha dan berdoa memohon dipermudahkan dan dimurahkan rezeki oleh-Nya.

SO, kepada sesapa yang rasa nak mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik dan willing to share with me, Ena boleh SHARE kan lebih banyak lagi. Yang pentingnya dalam bisnes ni kita x boleh ada perasaan hasad dengki tapi kita mesti tolong orang lain yang nak jadi macam kita, supaya DIA dapat jadi macam kita, betul x??...(^_^)

Ok, see u'olls in the next entry, daaa...

Wednesday 25 January 2012

SAWADEEKAP!!!...

Atau maksudnya SELAMAT DATANG dalam bahasa THAILAND, hehe...

So, bersempena dengan title entry Ena kali ni Ena nak cter sket experience time travel ke Thailand baru2 ni,  time cuti Chinese New Year tu. 

Ena travel 2 days 3 night ke Hatyai n Songkhla. Rase excited coz this is my first time been to Thailand. Walaupon travel tu bukan lah naik flight mcm kebiasaannya org2 lain travel tp pengalaman Ena naik bas sampai ke sana n balik ke sini semula tu rasa sangat mengujakan. Travel ala2 'backpackers' la katakan kan, hehe..
Hat Yai
Hatyai from 'air'

Time mula2 on d'way ke sana tu rasa cam berdebar-debar la jugak coz x pernah ke sana n x tau macam mana environment n cara masyarakat kat sana ber'communicate' kan. Tapi bila dah tanya orang2 yang sama satu bas time tu rasa relief jugak coz diorang cakap orang2 Thai ni very nice to other people especially foreigners.. 
sampai2 je kat Hatyai - sempat posing dulu (hehe)


Dan jangan x percaya pulak bila Ena cakap dkat sana kita boleh letak handbag kita dengan sesuka hati nya kat mana2 tanpa risau orang akan curi coz orang kat sana x akan curi ponnn. Ini kerana i was informed that hukuman utk orang yang merompak atau mencuri kat sana adalah HUKUMAN MATI!!..Patutlah pun kan, huhu..


Antara tempat2 yang terawal dilawati - Lying Buddha

Masjid Jamek Wilayah Songkhla

"Nag" atau Naga yang memberi kemakmuran

First morning sampai kt sana trus pegi check-in kt nearest hotel in Hatyai town and trus bersiar-siar kat sekitar Hatyai tu. Then, we all naik TUK-TUK ataupon 'taxi' (kt Thailand jer panggil nihh) utk pegi ke tempat-tempat lain di sekitar Hatyai n Songkhla. 

So, nak dijadikan cter yang best sampai lah kitorg ke tempat2 seperti Lying Buddha, Masjid Songkhla, Thailand Aquarium (sempat tengok show ikan2 kt situ lagi), then pegi tengok The "Nag" atau naga tu, pegi bagi makan monyet2 kat Zoo Songkhla, berposing dengan 'Mermaid' kat Camilla Beach.. Then, at the end of our journey ride with tuk-tuk, kitorang pon sampai lah ke 'Floating Market' n bermula lah aktiviti membeli-belah 'serba'sedikit' (iyo lahh tu kan, hehe)..

Thailand Aquarium kat Songkhla



Tengok 'Show' Ikan2 DAN 'penjaga ikan' (keeper)


bagi makan monyet2 kat Zoo Songkhla

'Mermaid' yang cantik - Camilla Beach

Jeng, jeng, jeng..sampai ke Floating Market (hehe)

Mula aktiviti membeli-belah di Floating Market (ermmm..)

Then, malam tu pulak back from Songkhla, kitorang dah balik hotel then kuar lagi kt Hatyai town tu utk menyaksikan sambutan Chinese New Year (kebetulan malam tu malam CNY kan) kat situ.. Punye lah meriah dengan Tarian Singa, jualan kat Nite Market die (memborong lagi, huhu), Bunga api dan mercun tu mesti la ada punye kan, n finally dkat2 midnite tu ada yang melepaskan tanglung2 yang bercahaya terbang tinggi (terbang tinggi2, lalala).
Baju ngan tanglung sama merah, haha..

Percikan bunga api (berserta bunyi mercun, dum3)

2nd day in Thailand Ena jalan2 pulak ke Hatyai luar, dekat2 ngn Hatyai town tu juga. Tapi jalan2 tu ada la sejam jugak kot, huhu.. 

Jalan2 tu sampai lah ke Mahapanya Vidayalai. Haaa, tu sebenarnya ialah sebuah kawasan perkampungan penganut Buddha la lebih kurang. Pemandangan kt cni memang cantik. Ada kuil, Sitting Buddha dan ada juga kawasan perkuburan kat situ. Yang unik nya kawasan perkuburan tu x nampak mcm kubur pon coz ada patung2 keemasan yang besar2, hehe.. Memang rasa lain je bila masuk tempat ni, huhuhu..
Betapa besarnya pintu masuk tu

Bergambar di patung2 kuburan, huhuhuh...

Kt tepi tasik, ermmm..


Bangunan yg tinggi melangit

Tengok yg kt belakang tu yerr...he

Then petang tu kitorang pon dh nak bertolak balik. Hmmm, rase cam x puas je lg nak jalan2 kt cni. Tapiii, sebab tiket dah beli kann so, kna la balik juga, wawawa... Petang2 tu pon stil ada sambutan CNY kt Hatyai town tu (memang x abes2 beraya la kalo duk cni kot, hehe). Sempat gak 'capture' a few pics utk kenang2an.
Pose bersama Pak 'Singa'

Naga di belakang..


Antara makanan2 kat cni..

Udang bakar yang besar, nyumm2..

Cube teka ape nihh, rangup.hehehe...

Minuman2 yang menyelerakan kat Floating Market

So, tinggal lah Hatyai dalam kenangan after this. Hopefully, pasni boleh sampai Thailand lg dan melawat tempat lain pulak, hehe.. (^_^)