Monday, 9 April 2012

7 Sebab Gagal Mendapatkan Berat Badan Ideal

Hai semua,
Entri kali ini saya ingin kongsikan satu RAHSIA berkaitan dengan kesihatan & kecantikan.
Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan, ianya umpama irama dan lagu..semua wanita ingin kelihatan cantik dan menarik samada untuk tatapan suami atau keyakinan diri sendiri.




Saya tidak bersetuju jika dikatakan wania kurus itu cantik dan yang agak berisi itu sebaliknya..setiap individu mempunyai pendapat mereka sendiri. Namun yang paling baik untuk kesihatan ialah dengan memiliki berat badan yg IDEAL.




Apakah yang dimaksudkan dengan berat badan IDEAL??
Berat badan ideal ialah mempunyai ketinggian dan berat badan yang seimbang. Jadi, tanya pada diri masing2 adakah berat badan kita ideal??




Di sini, saya ingin kongsikan tujuh sebab mengapa kita GAGAL mendapatkan berat badan ideal.




1. Makan di Waktu Malam
Ramai yang anggap bahawa dengan mengelak dinner, ia mampu mengurangkan berat badan.The truth is, kita perlu mengisi perut pada setiap waktu makan dengan memilih menu sihat dan seimbang.
Sarapan pagi membekalkan tenaga terpenting untuk memulakan hari kerana tanpanya badan dan otak menjadi kurang bermaya.Begitu juga makan malam. Anda cuma perlu makan lebih awal sekitar jam 7 malam.



2. Tidak Bersenam
Mahu atau tidak, kita mesti bersenam dan tidak cukup sekadar menjaga pemakanan kerana senaman meningkatkan kadar metabolisme tubuh. Ini akan membantu proses pembakaran lemak dalam tubuh dan menurunkan berat badan.

3. Tidak Ambil Kalori
Badan kita memerlukan kalori, jadi kita mesti mengambil kalori dalam jumlah yang sesuai.
Pengambilan kalori yang bersesuaian ialah 2500 bagi lelaki dan 2000 bagi wanita untuk setiap hari.Jika pengambilan kalori terlalu rendah, kadar metabolisme tubuh akan turun secara mendadak sehingga boleh menyebabkan anemia.

4. Hanya Ambil Buah dan Sayur
Bila kita hanya mengambil buah- buahan dan sayuran akan menyebabkan badan kita tidak cukup nutrisi seperti mineral, karbohidrat dan lemak. Tubuh memerlukan semua zat itu pada kadar berpatutan.

5. Salad dan Mayonis
Makan slad dengan mayonis memang sedap tetapi anda perlu ingat kalorinya yang tinggi menyebabkan berat badan tidak turun.

6. Enggan Minum Susu
Tentu ramai tidak suka susu rendah lemak kerana rasanya tidak sedap.Tapi, pengambilan susu rendah lemak membantu menguatkan tulang, melengkapkan keperluan nutrisi tubuh dan menurunkan berat badan.

7. Berat Badan Turun Mendadak
Sepatutnya anda perlu risau jika berat badan turun mendadak kerana pasti ada yang tidak kena. Dalam seminggu, penurunan berat ideal dalam lingkungan 0.5kg hingga 1kg. Jika lebih daripada julat tersebut, ia akan menimbulkan komplikasi kerana hati dan ginjal dipaksa bekerja keras untuk menggantikan glukosa dalam darah.


So, adakah proses memdapatkan berat badan ideal kita gagal??mungkin tujuh sebab di atas dapat membantu menyelesaikan masalah anda..semoga berjaya.. (^_^)


No comments:

Post a Comment